Sunday 1 March 2015

Decorate It With Your Own Way

Cuti sekolah telah pun berlalu. So Welcome Back To School!! Rasa malas pula nak bangun pagi untuk ke sekolah. Tidak kiralah yang tua mahupun yang muda. Yang belajar mahupun yang mengajar. Kedua-duanya berjuang untuk menimba ilmu dan mencurahkan ilmu yang ada. Sebaik sahaja tiba di sekolah, seronoknya jumpa kawan-kawan. "Assalamualaikum dan selamat pagi, cikgu". Eh, kenapa macam ada yang kurang je kat kelas ni? Tambah-tambah pula bila cikgu kata, "Baiklah. Cikgu lantik Anis jadi ajk keceriaan. Semua pelajar tolong bagi kerjasama kepada Anis ye. Minggu depan cikgu nak kelas ni dah hias cantik-cantik tau." Eh, cikgu lantik aku? Aku nak hias macam mana ni. Idea? Cepat la idea. Datanglah kepadaku. Aku nak guna warna apa ni? Benda apa yang aku perlu? Nak mula dari mana ni? 

Haa..pening kan. Situasi ni bukan sahaja sering terjadi kepada pelajar malah juga berlaku kepada para guru, terutamanya guru pra sekolah, guru pendidikan khas, guru sekolah rendah dan sebagainya. Di sini terdapat beberapa contoh idea untuk dijadikan panduan buat pendidik dan pelajar dalam menyediakan bilik darjah yang ceria dan kreatif bagi meningkatkan semangat guru dan pelajar dalam PdP. Di samping itu, panduan ini juga dapat diaplikasikan dalam Pendidikan Seni di sekolah.


Video ini menunjukkan salah sebuah kelas di Malaysia yang bertemakan London Vintage. Sesuai bagi mereka yang ingin mencari kelainan dalam menghidupkan suasana kelas yang ceria.  



Untuk mengisi ruang dinding yang kosong, kertas boleh membantu dalam menghasilkan bilik darjah yang menarik dan secara tidak langsung dapat menjimatkan perbelanjaan. Blog ini menunjukkan cara-cara membuatkan hiasan kelihatan timbul pada dinding dengan hanya menggunakan kertas.





Gambar ini merupakan contoh koleksi hasil kerja pelajar yang digunakan sebagai hiasan kelas. Koleksi ini dipamerkan seakan-akan belon yang diikat antara satu sama lain. Sesuai bagi pelajar yang masih di peringkat awal kanak-kanak dan berkeperluan khas.


Siling kelas juga boleh digantung dengan hasil kraf tangan. Bahan yang digantung boleh digantikan dengan perhiasan lain mengikut kreativiti tersendiri.


Papan tanda di pintu kelas yang dihias dengan menggunakan rempah ratus. 


Blog ini pula menerangkan beberapa aspek penting yang perlu dititik beratkan dalam menghasilkan persekitaran kelas yang kondusif. Juga terdapat beberapa contoh gambar di mana sudut kelas disediakan dengan landskap yang menggunakan tumbuh-tumbuhan semula jadi. 


Loker kelas yang dihasilkan oleh pelajar dengan membentuk setiap pintu loker menjadi sebuah peta Malaysia. Sangat kreatif!


Biodata pelajar yang disertakan bersama-sama gambar setiap pelajar dan berwarna-warni. Sesuai bagi kelas yang terdiri daripada jumlah pelajar yang kecil.


 Gambar pelajar yang dipamerkan dalam pelbagai bentuk persembahan.


Sudut bacaan yang dipisahkan daripada tempat proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Ia dapat meningkatkan keinginan pelajar dalam membaca dan menyediakan tempat yang selesa serta berbeza daripada tempat belajar.




Semoga dapat membantu. :)